Latar belakang Banjir_Queensland_2010-2011

Banjir ini merupakan kesan kerpasan besar yang disebabkan oleh Siklon Tropika Tasha yang bergabung dengan lekukan tekanan ketika kemuncak fenomena La Niña. Pola cuaca La Niña 2010 yang menyebabkan keadaan yang lebih lembap di Australia timur, adalah yang paling ketara sejak tahun 1973.[6] Kebanjiran terpencil bermula di sekitar negeri Queensland pada awal bulan Disember. Pada 24 Disember, sebuah lekukan tekanan monsun melanda pantai dari Laut Karang dan membawa hujan mencurah-curah dalam liputan yang luas dari Teluk Carpentaria hingga Gold Coast. Keadaan ini juga membawa kemasukan ular secara besar-besaran, dan beberapa ekor buaya.[7]

Pada 30 Disember, sebahagian besar kawasan Queensland Selatan dan Tengah, iaitu kawasan seluas jumlah gabungan keluasan Jerman dan Perancis, sudah terjejas akibat banjir. Sekitar 300 batang jalan raya ditutup, termasuk sembilan lebuhraya kebangsaan.[8] Landasan keretapi pengangkut arang ditutup dan banyak tapak perlombongan yang dilanda air bah. Banjir ini telah menaikkan harga buah-buahan dan sayur-sayuran.[9]

Rujukan

WikiPedia: Banjir_Queensland_2010-2011 http://www.brisbanetimes.com.au/environment/weathe... http://news.smh.com.au/breaking-news-national/hund... http://www.theaustralian.com.au/news/nation/some-q... http://www.abc.net.au/news/stories/2011/01/01/3104... http://www.abc.net.au/news/stories/2011/01/11/3110... http://www.abc.net.au/news/stories/2011/01/18/3115... http://www.fba.org.au/opportunities/fitzroyflood20... http://www.bloomberg.com/news/2011-01-12/brisbane-... http://earthobservatory.nasa.gov/NaturalHazards/ev... http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-12087...